Site icon Malaysia now

Hobi & bakat keluarga Istana Inggeris

Kate Middleton seorang yang sangat meminati seni. (AFP pic)

Umum mengetahui keluarga Istana Inggeris memang memiliki kehidupan yang serba mewah. Namun, siapa yang menyangka, di sebalik kemewahan tersebut mereka juga memiliki bakat dan hobi peribadi seperti masyarakat biasa.

Salah satu kerabat Diraja Inggeris ialah Kate Middleton, yang mempunyai hobi fotografi. Beberapa kali, hasil foto Kate tentang keluarganya menjadi tumpuan di media massa.

Bagaimana pula dengan anggota keluarga Diraja yang lain?

1. Ratu Elizabeth dan fotografi

Ratu Elizabeth sering dikaitkan dengan hobi berkebun, namun ibu dari empat anak itu juga suka dengan fotografi. Ayahnya, Raja

George VI, memberikan Ratu kamera pertama sebelum Perang Dunia II.

Sejak dari itu, Ratu sememangnya suka mengambil foto anggota keluarganya.

Sebuah laporan dari the Daily Mail mengatakan, Ratu suka mengambil foto anggota keluarganya dalam gaya yang informal dan santai.

2. Meghan Markle dan kaligrafi

Bukan sekadar hobi, Meghan Markle pernah menjadi pengajar kaligrafi di Paper Source di Beverly Hills, Amerika Syarikat.

Dia juga pernah bekerja separuh waktu untuk pelanggan selebriti, dan membuat undangan pernikahan untuk Robin Thicke dan Paula Patton pada tahun 2005.

3. Putera Charles dan melukis

Seperti neneknya, Ratu Victoria, Putera Wales itu juga merupakan seorang seniman. Beliau suka melukis keindahan pemandangan alam, pegunungan dan tasik dengan menggunakan cat warna air.

Walaupun, sering menggelar dirinya amatur, Putera Charles adalah anggota kehormatan Royal Academy dan Royal Watercolor Society.

Lukisannya telah terjual lebih dari 2 juta dollar AS.

4. Puteri Beatrice dan sukan larian

Puteri dari Putera Andrew dan Sarah ini merupakan kerabat istana pertama yang menyertai dan menyelesaikan London Marathon pada 2010. Ia berlari bersama teman-temannya di bawah nama Team Caterpillar demi mendapatkan wang untuk kegiatan amal.

5. Putera Philip dan berkebun

Suami Ratu Elizabeth II ini memiliki minat yang tinggi dalam berkebun dan sukses menanam cendawan “truffle”.

Menurut “The Times”, Philip adalah orang pertama yang membudayakan “truffle” hitam di tanah Inggeris. Beliau telah mencuba untuk menanam cendawan 12 tahun lebih awal, dan akhirnya berhasil pada tahun 2018.

6. Putera William berbicara “Swahili”

Menurut BBC, the Duke of Cambridge itu mempelajari bahasa ini ketika menuntut di Universiti St. Andrew di Skotlandia.

William memanfaatkan kemampuan ini dengan rapat di Tanzania bersama Presiden John Magufuli pada 2018.

7. Kate Middleton dan seni

Walaupun sudah tidak lagi bermain seruling, namun the Duchess of Cambridge mengatakan bahawa dia bermain seruling semasa bersekolah hingga ke usia 18 tahun.

Pada 2017, ia mencuba memainkannya kembali dalam orkestra di Hamburg, Jerman.

8. Ratu Elizabeth II dan mesin

Selama Perang Dunia II, ketika baru berusia 18 tahun, Ratu Elizabeth II bergabung dengan Khidmat Teritorial Wanita. Di situ, beliau belajar bagaimana mengemudi truk, sekaligus menjadi mekanik.

Dia adalah satu-satunya anggota perempuan dari keluarga diraja yang pernah berada dalam angkatan bersenjata.

9. Puteri Diana dan menyelam

Tidak hanya menjadi ikon dan aktivis, Diana juga dikenail sebagai seorang penyelam berbakat. Menurut Yahoo, dia adalah bintang dalam olahraga di sekolahnya malah, beliau telah menubuhkan sebuah gerakan khas, iaitu “The Spencer Special”.

10. Putera Harry dan helikopter

Pada tahun 2013, Kementerian Pertahanan Inggeris mengumumkan bahawa Putera Harry telah memenuhi syarat sebagai komander helikopter Apache.

Beliau sempat menjalani tiga tahun latihan sebelum memenuhi kelayakan tersebut. Pada tahun yang sama, beliau menyelesaikan lawatan lima bulan ke Afghanistan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com