Site icon Malaysia now

Hati-hati ya, kucing juga boleh cemburu

Kucing tidak suka jika tuannya memberi lebih perhatian kepada haiwan atau anggota baru dalam keluarga. (Gambar Rawpixel)

Tahukah anda bahawa kucing juga boleh cemburu. Kelakuan cemburu ini boleh dilihat dengan jelas seperti dia mendesis, menggeram dan menampar objek.

Perilaku cemburu juga boleh ditunjukkan apabila dia ingin duduk di pangkuan anda apabila anda sedang bermain dengan haiwan lain atau mengendong bayi anda.

Kucing yang cemburu juga boleh menunjukkan sifat agresif seperti menggaru-garu objek dan menggigit malah, boleh merosakkan peralatan rumah.

Salah satu perangai buruknya akibat cemburu ialah dengan membuang air kecil di luar bekas pasir atau di tempat tidur haiwan lain. Ini adalah salah satu masalah yang perlu anda ambil perhatian.

Penyebab Kucing Cemburu

  1. Pemilik memberi perhatian kepada haiwan lain atau anggota keluarga baru. Ini selalunya penyebab utama yang memungkinkan ia cemburu. Kehadiran bayi baru juga boleh menyebabkan ia cemburu kerana waktumu akan jadi berkurangan dengannya.
  2. Kurangnya aktiviti sosial semasa kucingmu kecil akan membuatkan dia sentiasa bergantung kepada anda dan dia akan menunjukkan rasa cemburu jika ada kesempatan.
  3. Perubahan rutin harian termasuk jadual makan.
  4. Kurang ruang peribadi seperti tempat tidur atau barangan miliknya diberikan kepada haiwan peliharaan lain.
  5. Rasa terancam dengan kehadiran haiwan lain atau anggota keluarga baru.

Cara Hadapi Kucing Yang Cemburu

Susah juga nak menghadapi kucing yang cemburu tetapi ada beberapa cara yang boleh diikuti untuk kurangkan cemburunya.

1. Mencari penyebab

Jika sudah tahu penyebabnya, maka anda boleh mencari penyelesainya. Tanyakan pada diri, apakah perubahan yang terjadi di rumah, seperti:

2. Memberikan lebih banyak waktu

Cara termudah untuk mengurangkan rasa cemburu kucingmu adalah dengan meluangkan lebih banyak masa untuknya. Dengan memberi lebih perhatian biasanya dapat mengubati perangai buruk kucing dan ada beberapa cara yang boleh kamu lakukan:

3. Beri kucingmu ruang peribadi

Kebanyakan kucing sukakan ruang peribadi. Apabila anda memperkenalkan anggota keluarga baharu tidak kira manusia atau haiwan lain, anda mungkin telah meragut ruang itu darinya. Ini akan menjadikan ia cemburu.

Cuba berikan ia ruang peribadi samada dengan memindahkan tempat makannya ke suatu tempat yang khusus untuknya atau memberi ruang agar ia tidak diganggu oleh haiwan peliharaan lain.

Jangan pula beri mainan kegemarannya kepada haiwan lain. Letak mainan kegemarannya di ruang peribadinya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com