Site icon Malaysia now

“Ganjaran RM20,000 Kepada Penyalur Maklumat Jenayah Alam Sekitar” – MB Selangor

Berita baik kepada orang awam, kerajaan Selangor kini menawarkan ganjaran berjumlah RM20,000 kepada mana-mana pihak yang menyalurkan maklumat mengenai jenayah alam sekitar di negeri itu

Menurut sumber, pemberian ganjaran berkenaan akan diberikan kepada penyalur maklumat sehingga pelaku jenayah berkenaan dapat dikenakan tindakan undang-undang.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ganjaran itu adalah bagi memastikan penglibatan orang awam dalam membanteras kegiatan jenayah alam sekitar di negeri itu.

“Maklumat berterusan dan berguna diperlukan, supaya pelaku jenayah alam sekitar dapat diberkas serta didakwa, sehingga disabitkan kesalahan di mahkamah.

“Kerajaan negeri telah merangka pelbagai strategi jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang, bagi meminimumkan kesan pencemaran sungai terhadap warga Selangor,” katanya dalam satu posting di laman Facebook hari ini.

Terdahulu, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) turut menawarkan ganjaran sebanyak RM5,000 kepada mana-mana pihak yang menyalurkan maklumat serta bukti melibatkan pelaku pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor

Tambah Amirudin lagi, sokongan dan penglibatan orang awam merupakan tanggungjawab bersama dalam memelihara sumber air di Selangor.

“Diharapkan langkah ini mampu menggugat kegiatan jenayah tidak beretika itu,” katanya.

Malah, bagi memperkasakan pemantauan air mentah di Selangor, kerajaan negeri turut menggariskan beberapa langkah yang diambil bagi menangani perkara itu.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Image via Malaysia Gazette

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: