Site icon Malaysia now

Dilema Kena Pilih Sofa Baru Atau Gelang Emas, Keputusan Si Isteri Ini Curi Tumpuan Netizen

Bagi yang telah berkahwin terutamanya si suami ataupun isteri, pasti mereka mahu dihargai pasangan masing-masing bukan?

Tidak kira apa jua bentuk penghargaan sekali pun, pasti hati berbunga-bunga apabila mendapat sesuatu daripada pasangan terutama apabila tibanya hari-hari penting.

Ia ibarat simbolik bahawa pasangan mereka menghargai keberadaan masing-masing sepanjang perkongsian hidup bersama.

Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna di TikTok @kimmiyatt ini, dia disuruh oleh suaminya untuk memilih sama ada mahukan sofa baru atau gelang emas.

Menerusi video berkenaan, dia sepertinya dalam dilema bagi membuat pilihan kerana kedua-dua barangan berkenaan sangat berguna untuknya pada masa jangka panjang.

Tonton video penuh tersebut dibawah:



@kimmiyatt

Agak2 boleh teka x yat pilih yg mana? ##fyp ##whatdoyouwant ##chooseone ##shopping ##rewardyourself

original sound – Distinct_winnie

Susah nak buat pilihan, tapi akhirnya dia memilih sofa baru demi keselesaan keluarganya bersama

Tanpa berfikir panjang dia akhirnya memilih untuk mengambil set sofa baru kerana mengenangkan keadaan sofa lamanya seperti perlu ditukar terlebih dahulu. 

Walaupun keputusannya tidak memilih gelang emas untuk dirinya sendiri, namun dia sanggup berkorban demi keselesaan suami dan anak-anaknya di rumah.

Dalam pada itu, dia juga mendoakan agar suaminya sentiasa dimurahkan rezeki untuk membelikannya emas pula pada masa akan datang.

@kimmiyatt

Kalau korang pilih yang mana.. Hehehe ##fyp ##tiktokmalaysia ##foryoupage ##pilihyangmana

The Dance Song – Sione Taholo

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen video berkenaan, rata-rata netizen memberikan reaksi yang berbeza dan ada juga tidak bersetuju wanita itu membuat keputusan memilih sofa baru berbanding gelang emas

Begitupun, ada juga yang menyokong dan memuji keputusan wanita itu kerana lumrah seorang isteri akan lebih mengutamakan keluarga sehingga sanggup melupakan dulu kemahuan sendiri.

Ketika artikel ini ditulis, video TikTok itu sudah pun memperoleh lebih 93.1K tontonan, 2.5K tanda suka dan 305 komen.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via TikTok @kimmiyatt

Image via TikTok @kimmiyatt

Image via TikTok @kimmiyatt

Image via TikTok @kimmiyatt

Image via TikTok @kimmiyatt

Terbaiklah sis dengan pilihan yang awak buat! Semoga dimurahkan rezeki untuk beli gelang emas pula lepas ni 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: