Site icon Malaysia now

Cuaca Sejuk Sampai Tak Perlu Buka Kipas & ‘Aircond’, Netizen Rasa Macam Duduk Di Overseas!

Rata-rata rakyat Malaysia mungkin sedang merasai ‘cuaca sejuk’ apabila di kebanyakan tempat hari ini dilanda hujan, langit mendung dan diselubungi kabus di seluruh negara

Gambar sekadar hiasan.
Image via Berita Harian

Menurut sumber, suhu di sekitar Lembah Klang semalam turun sehingga 23 darjah selsius, antara yang terendah dalam beberapa bulan ini apabila negara dilanda cuaca sejuk akibat musim Monsun Timur Laut, yang dikenali juga sebagai ‘musim sejuk.’

Berdasarkan Tinjauan Cuaca Jangka Panjang di laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula, musim tengkujuh yang bermula pada 11 November lepas dijangka akan berlanjutan hingga Mac ini.

MetMalaysia juga melaporkan kebanyakan bandar di seluruh negara mengalami hujan berterusan semalam dengan suhu minimum dicatatkan di Cameron Highlands pada 17 darjah selsius diikuti oleh Kluang (22 darjah selsius), sementara Kuala Lumpur, Temerloh, Kuala Pilah, Batu Pahat dan Kuantan pada 23 darjah selsius.

Dalam pada itu, hasil tinjauan di Twitter pula, rata-rata netizen turut meluahkan perkara yang sama dan ada berseloroh mengatakan cuaca sekarang macam tinggal di overseas

Malah, ada di antara mereka juga mengatakan tidak perlu menghidupkan kipas elektrik atau aircond sepanjang hari kerana cuaca semasa sudah cukup ‘sejuk’ bagi mereka.

Selain itu, ada juga yang ingin membuka ladang strawberi di Klang, Selangor kalau cuaca berterusan seperti ini.

Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen di media sosial:

Betul sejuk cuaca kali ini, bangun pagi pun menggigil juga rasanya 😀

Image via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: