Epal, antara buah yang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Ia bukan hanya kaya dengan sumber vitamin dan serat, malah, rutin makan epal juga boleh mencegah penuaan kulit.
Epal merupakan buah yang memiliki antioksidan penolik dan flavonoid.
Cuba potong sebiji epal dan lihat warna isinya. Warna seakan coklat itu menandakan ia mempunyai sebatian yang bersifat antioksidan.
Proses penuaan terjadi kerana oksidasi. Dengan dua sebatian tersebut iaitu antioksidan penolik dan flavonoid, epal akan menangkap radikal bebas dan menuetralkan kembali.
Makan epal juga dapat menjaga kebersihan kulit dan kesegarannya.
Jadi, berapa banyak epal yang diperlukan sehari untuk mencegah penuaan?
Menurut pakar kulit di New York, tidak ada had untuk mengambil epal kerana ia sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat yang menyihatkan kesihatan anda.
Namun, beliau mengatakan, organisasi kesihatan dunia (WHO) menyarankan agar makan lima hingga tujuh epal sehari.
“Anda juga boleh membuat jus epal dan ianya lebih baik kerana seratnya lebih banyak dari dimakan terus,” katanya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com