Site icon Malaysia now

Berhenti ‘serang’ Zeti, kata hakim pada Najib

Mahkamah Tinggi melarang Najib Razak daripada membuat apa-apa kenyataan berkenaan Zeti Akhtar Aziz selagi perbicaraan sedang berlangsung.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memberi amaran kepada bekas perdana menteri Najib Razak supaya menghentikan “serangan” terhadap bekas gabenor Bank Negara Malaysia Zeti Akhtar Aziz yang menjadi saksi dalam kes rasuah 1MDB.

Selepas mendengar hujah daripada kedua belah pihak, hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan pihak pendakwaan.

“Tertuduh tidak boleh membuat kenyataan seolah olah perbicaraan dijalankan di depan umum. Tiada kenyataan boleh dibuat sepanjang perbicaraan berlangsung,” kata Sequerah.

Beliau menyamakan catatan Facebook Najib mengenai Zeti dengan “serangan terhadap saksi”.

“Mahkamah akan mengambil tindakan yang sepatutnya untuk memelihara integritinya,” kata beliau.

BERITA LANJUT MENYUSUL