Site icon Malaysia now

Bakal Ditayangkan Di YouTube, Keluang Man Versi ‘Cinonet’ Ini Curi Tumpuan Netizen. Comel!

Masih ingat lagikah anda dengan Keluang Man? Budak-budak yang lahir tahun 90-an mesti tahu superhero ini!

Image via Cinema Online

Sebelum wujudnya Upin dan Ipin, Boboiboy, Ejen Ali, The Amazing Awang Khenit dan pelbagai lagi animasi 2D dan juga 3D dalam negara ini, masyarakat kita pernah dihiburkan dengan kisah adiwira Keluang Man.

Keluang Man merupakan siri animasi televisyen tempatan yang pernah popular sekitar tahun 90-an dan peminatnya kini sudah ramai yang bergelar ‘bapa dan mak orang’.

Biarpun nama Keluang Man kurang dikenali generasi sekarang, karakter Keluang Man dan Tiong Man masih mempunyai peminatnya sehingga ke hari ini.

Bahkan, setiap tahun para peminatnya setia menanti Keluang Man bakal dijelmakan kembali dalam nafas baharu seiring perkembangan zaman.

Berita baik buat para peminat Keluang Man! Bakal tampil dengan siri animasi terbaru menerusi ‘Keluang Man Cinonet’

Image via Quest Animation Studio (Facebook)

Quest Animation Studio menerusi laman Facebook rasmi mengumumkan bahawa mereka bakal mengadakan comeback bagi peminat siri animasi ini tetapi dalam versi lebih comel dengan judul ‘Keluang Man Cinonet’.

Ia merupakan usaha untuk mengembalikan semula nostalgia dan juga harapan yang tersimpan lama oleh generasi yang sama-sama membesar dengan animasi legenda Malaysia itu.

Dalam pada itu, ianya juga untuk generasi baharu bagi mengenal karakter adiwira yang diciptakan oleh Allahyarham Kamarudin Ismail tetapi dalam nafas baharu, konsep, jalan cerita dan teknik baharu.

Animasi Keluang Man Cinonet ini adalah dengan sokongan Keluang Man Club dan Kamn Ismail Gallery.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: