Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ayah adalah ketua dalam keluarga yang bertanggungjawab untuk melindungi dan mencari nafkah buat anak-anak dan isteri
Banyak pengorbanan yang ayah lakukan buat keluarga sehingga tidak ternilai jasanya. Mereka adalah hero kita semua.
Tambahan lagi jika anda seorang perempuan, sudah pasti ayah adalah lelaki pertama yang anda cintai sebelum suami atau pasangan anda.
Baru-baru ini, tular satu video di Instagram yang memaparkan seorang lelaki sedang sakan bermain dengan anak perempuannya di tepi jalan mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Setia layan anak bermain atas motor di tepi jalan
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang sibuk melayan karenah anak perempuannya bermain ‘osom’ di atas motosikalnya.
Jelas terpancar kegembiraan dan keceriaan daripada si anak apabila setiap kali bapanya tewas di mana dia akan mencium pipi bapanya sebagai balasan. Ternyata video tersebut telah membuatkan ramai tersentuh hati.
“Bahagianya yang masih ada ayah” – Warganet
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut merasa sebak melihat video tersebut. Malah, ramai yang meluahkan perasaan masing-masing terhadap ayah mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 357K views, 68,507 likes dan 667 comments di Instagram.
Berikut di bawah adalah antara komen warganet di Instagram:
Tengok situasi macam ni pun dah gembira 🙂
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!