Site icon Malaysia now

6,400 pekerja asing di P Pinang negatif Covid-19

Exco Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo berkata pekerja asing di semua sektor sedang menjalani ujian saringan Covid-19 secara berperingkat.

GEORGE TOWN: Ujian saringan Covid-19 yang dijalankan ke atas 6,411 pekerja asing di negeri itu didapati negatif, kata kerajaan negeri Pulau Pinang, hari ini.

Lagi 1,500 akan disaring minggu ini.

Dalam satu kenyataan, Exco negeri Jagdeep Singh Deo berkata, pekerja asing di semua sektor di negeri itu disaring setiap hari secara berperingkat.

Beliau berkata setakat semalam, terdapat 42 kes baru Covid-19, menjadikan jumlah kes aktif di negeri itu sebanyak 249.

Bulan lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, saringan Covid-19 diwajibkan kepada pekerja asing di semua sektor di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah, Kuala Lumpur dan Labuan.

Sehingga 31 Okt katanya, terdapat 1,615,834 pekerja asing aktif di pelbagai negeri, dan ramai yang bekerja dalam sektor perindustrian.