Site icon Malaysia now

6 buah-buahan ini lebih tinggi vitamin C dari limau

Vitamin C paling banyak terdapat dalam buah-buahan. (Gambar Rawpixel)

Vitamin C merupakan salah satu vitamin penting yang diperlukan oleh tubuh, terutama untuk pertumbuhan dan perbaikan sel-sel dalam tulang, gigi, kulit, dan jaringan lainnya.

Vitamin C juga berupaya membantu meningkatkan penyerapan zat besi dan membantu mencegah kerosakan sel. Sifatnya yang dapat menjaga sistem kekebalan tubuh inilah maka, vitamin C berupaya melindungi tubuh dari pelbagai infeksi.

Oleh kerana, fungsinya yang sangat penting ini maka, tubuh kita memerlukan banyak vitamin C dari makanan. Salah satu sumber vitamin C adalah buah-buahan.

Tahukah anda, buah limau bukan buah yang mengandungi paling tinggi vitamin C? Tetapi buah jambu batu mempunyai kandungan vitamin C paling tinggi.

Beberapa buah lain yang mengandung vitamin C adalah:

1. Jambu batu

Jambu batu mempunyai kandungan vitamin C paling tinggi berbanding buah limau. (Gambar Rawpixel)

Jambu batu mengandung vitamin C paling tinggi. Kandungan vitamin C dalam jambu batu adalah sebanyak 206 mg, lebih tinggi dibandingkan dengan sebiji buah limau yang mengandungi vitamin C sebanyak 59-83 mg.

Selain vitamin C, jambu batu juga mengandungi banyak serat. Kandungan seratnya juga melebihi kandungan serat yang dimiliki oleh limau.

2. Betik

Betik dapat memberi beberapa manfaat kepada tubuh antaranya melancarkan pencernaan. (Gambar Rawpixel)

Sesetengah buah betik mengandungi lebih kurang 94 mg vitamin C. Jumlah ini lebih tinggi dibandingkan kandungan vitamin C dalam buah limau. Mengikut kajian, makan betik dapat membantu mencerahkan kulit dan memperkuat tulang kerana kandungan vitamin C yang tinggi dalam buah betik.

Selain vitamin C, betik juga kaya dengan serat, vitamin A, vitamin B kompleks (seperti asid folat, vitamin B6, vitamin B2, dan vitamin B1), kalium, dan kalsium.

Oleh itu, betik dapat memberi beberapa manfaat kepada tubuh antaranya melancarkan pencernaan (serat), menjaga kesihatan kulit dan mata (vitamin A), membantu meningkatkan metabolisme tubuh (vitamin B kompleks), dan mengawal tekanan darah (kalium).

3. Kiwi

Buah kiwi juga kaya dengan asid lemak omega 3, yang membantu menurunkan risiko penyakit jantung dan strok. (Gambar Rawpixel)

Sebiji buah kiwi mengandungi vitamin C sebanyak 84 gram. Kandungan vitamin C dalam buah kiwi juga lebih tinggi dibandingkan dengan kandungan vitamin C dalam buah limau. Kandungan antioksidan dari vitamin C yang tinggi membuatkan buah kiwi dapat membantu melawan infeksi dan radikal bebas dalam tubuh.

Buah kiwi juga mengandung vitamin A, vitamin E, dan vitamin K. Manakala, mineral yang terkandung dalam buah kiwi adalah kalium, zat besi, dan magnesium.

Selain itu, buah kiwi juga merupakan sumber makanan yang kaya dengan asid lemak omega 3, di mana omega 3 dapat membantu menurunkan risiko penyakit jantung dan strok.

4. Strawberi

Buah strawberi kaya dengan antioksidan dan juga vitamin lain. (Gambar Rawpixel)

Setengah gelas (125 ml) strawberi mengandungi 52 mg vitamin C. Sedikit di bawah kandungan vitamin C dalam limau, tetapi strawberi tetap mempunyai manfaat kepada tubuh.

Selain vitamin C, strawberi juga mengandung antosianin dan asid ellagik. Kajian membuktikan, mengambil strawberi dapat membantu mencegah kanser, penuaan, peradangan, dan penyakit saraf.

Buah strawberi kaya dengan antioksidan dan juga mengandung vitamin B kompleks, vitamin A, vitamin E, kalium, zat besi, dan iodium, yang tentunya sangat bermanfaat kepada tubuh kita.

5. Nanas

Selain vitamin C, nanas juga terkenal dengan kandungan bromelain iaitu enzim pencernaan. (Gambar Rawpixel)

Sebanyak 39 hingga 49 gram vitamin C terkandung dalam setengah gelas (125 ml) buah nanas. Tidak jauh beza dengan kandungan vitamin C yang ada dalam buah strawberi

Selain vitamin C, buah nanas juga terkenal dengan kandungan bromelain yang ada di dalamnya. Bromelain merupakan enzim pencernaan yang membantu memecahkan protin dalam makanan dan mengurangi kembung, serta dapat bertindak sebagai anti peradangan. Buah nanas juga mengandungi vitamin B kompleks dan vitamin A dalam jumlah sedikit.

6. Mangga

Selain sebagai sumber vitamin C, mangga juga kaya dengan vitamin-vitamin lain. (Gambar Rawpixel)

Lebih sedikit dari kandungan vitamin C yang ada dalam buah-buahan di atas, kandungan vitamin C dalam buah mangga adalah sebanyak 29 mg. Selain sebagai sumber vitamin C, mangga juga kaya dengan vitamin A, vitamin B6, vitamin C, vitamin E, kalium, dan tembaga.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com