Site icon Malaysia now

3 kali MB bertukar cerminkan kegagalan ahli politik, tegur Sultan Perak

(Gambar Bernama)

KUALA KANGSAR: Sultan Nazrin Shah berkata pertukaran menteri besar buat kali ketiga dalam satu penggal bukanlah sesuatu yang membanggakan, dan mencerminkan kegagalan ahli politik.

Sultan Perak berkata demikian semasa istiadat pelantikan Ketua UMNO Perak, Saarani Mohamad, sebagai menteri besar ke-14 dan angkat sumpah jawatan di Istana Iskandariah pagi tadi.

Katanya, pelantikan terbaru ini boleh dianggap bersejarah kerana tidak pernah berlaku pada Dewan Negeri lain.

“Perkara yang berlaku akan tercatat dalam sejarah sebagai cerminan kegagalan dan bukannya kejayaan,” katanya.