PETALING JAYA: Seramai 1,880 petugas kesihatan dikesan positif COVID-19 melalui saringan dan ujian pengesanan virus itu.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan siasatan dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM), majoriti punca jangkitan adalah antara petugas kesihatan 33% dan daripada komuniti 33%.
“KKM sentiasa menekankan kepentingan mematuhi langkah kawalan dan pencegahan jangkitan COVID-19 dalam kalangan petugas kesihatan semasa bertugas di fasiliti kesihatan dan terutama sekali ketika berada dalam komuniti” katanya dalam kenyataan.
BERITA LANJUT MENYUSUL