Site icon Malaysia now

1,772 kes Covid-19, 3 kematian

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 1,772 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sementara 1,084 kes pulih.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak 1,760 kes penularan tempatan manakala bakinya kes import.

“Wilayah Persekutuan melaporkan kes harian tertinggi iaitu 696 kes, di mana 567 kes dari kluster Tapak Bina Damanlela yang melibatkan generasi kelima dan keenam.

“Pelaporan kes kedua tertinggi mengikut negeri hari ini adalah Selangor sebanyak 503 kes diikuti Sabah 260 kes,” katanya dalam kenyataan.

BERITA LANJUT MENYUSUL