Site icon Malaysia now

10 Kafe Unik & ‘Instagrammable’ Di Selangor Yang Wajib Anda Pergi. Jom OOTD!

Bagi anda yang sukakan food hunting, pastinya anda akan cari kafe-kafe yang menarik untuk ber-OOTD sekali bukan?

Lebih-lebih lagi jika anda ke kafe yang mempunyai dekorasi unik atau konsep yang menarik sepeti minimalis dan elegant, confirm nak ambil gambar di setiap sudut dan muat naik di Instagram!

Bagi siapa yang duduk di area Selangor, anda wajib tahu dan pergi semua list kafe yang bakal kami kongsikan ini, khasnya untuk kaki bergambar.

Dengar cerita semua kafe ini mempunyai dekorasi dan konsep yang sangat kreatif, betul ke? Jom kita tengok senarai top 10 kafe instagrammable yang paling ramai recommend:

1. La Fleur X Uniqorn, Subang Jaya

Image via @lafleur.cafe (Instagram)

Pernah tak anda terfikir untuk pergi ke kafe yang berkonsepkan unicorn dan penuh dengan warna pastel?

Ya! Kafe seperti itu sememangnya sudah ada di Selangor. La Fleur x Uniqorn terletak di Sunway Geo Avenue dan kafe ini terkenal dengan tema warna pink dan patung-patung unicorn khas untuk anda bergambar.

Kalau anda penggemar unicorn dan teringin nak makan dessert yang comel-comel, anda wajib ke kafe ini. La Fleur x Uniqorn juga sesuai untuk kanak-kanak kerana mereka mudah tertarik dengan warna dan konsep seperti ini.

Image via @lafleur.cafe (Instagram)

Alamat: 01, E1,02, Jalan Lagoon Selatan, Sunway Geo Avenue, 47500 Subang Jaya, Selangor

Instagram: La Fleur X Uniqorn 

2. Le Gardenz Cafe, Seri Kembangan

Image via @legardenzcafe (Instagram)

Le Gardenz Cafe berkonsepkan kontena dan mempunyai empat tingkat kesemuanya. Jika anda penat seharian bekerja dan ingin menenangkan fikiran, kafe inilah tempat yang sesuai untuk anda kunjungi.

Kafe ini juga menyediakan ruang untuk anda menyambut majlis hari jadi kawan-kawan atau keluarga. Kejutan seperti itu pastinya meninggalkan kenangan terindah bagi mereka. 

Selain itu, mereka juga ada menawarkan promosi pelbagai menu menarik yang tentunya akan menarik ramai pelanggan datang ke Le Gardenz Cafe.

Image via @legardenzcafe (Instagram)

Alamat: Jalan KPB 5, Kawasan Perindustrian Balakong, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Instagram: Le Gardenz Cafe

3. Jibby & Co, Subang Jaya

Image via Kuala Lumpur by Hotels.com

Jibby & Co terletak bersebelahan dengan Empire Shopping Gallery, Subang. Anda wajib singgah ke kafe ini kerana suasananya sangat estetik dan berkonsepkan ala-ala kafe di Melbourne, Australia.

Kafe 2 tingkat ini juga terkenal dengan konsep minimalis yang pastinya membuatkan anda ingin bergambar jika datang ke sana.

Pelbagai makanan bertaraf hotel 5 bintang disediakan dengan hiasan yang kreatif dan membuatkan anda craving selepas mencubanya!

Image via @jibbygroup (Instagram)

Alamat: Empire Shopping Gallery, Jalan SS 16/1, Ss 16,47500 Subang Jaya, Selangor

Instagram: Jibby & Co 

4. The Picnic Table by Simply Sandwiches, Petaling Jaya

Image via Eat Drink KL

Berkelah merupakan salah satu aktiviti yang digemari ramai terutamanya jika anda ingin membuat family gathering di hujung minggu. Tetapi, apa salahnya jika sekali sekala anda mengajak keluarga makan dalam kedai dengan konsep yang sama kan? 

Oleh itu, kafe The Picnic Table adalah jawapannya! Melihat ada namanya saja kita sudah boleh agak kafe ini bertemakan suasana berkelah tetapi di dalam bangunan.

Kafe ini dihiasi karpet rumput di mana pengunjung boleh duduk di lantai sambil menikmati makanan. Antara menu pilihan ramai adalah sandwich ayam bakar keju.

Image via @simplysandwiches (Instagram)

Alamat: 62A-G, The Strand, Kota Damansara The Strand, 21, Jalan PJU 5/21, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Instagram: The Picnic Table by Simply Sandwiches 

5. The Botanist, Cyberjaya

Image via Open Rice

The Botanist merupakan kafe dua tingkat yang berkonsepkan estetik. Kafe ini dihiasi dengan kayu dan memberikan suasana di dalam hutan yang sangat tenang dan perfect untuk anda hilangkan stres.

Kafe ini dipenuhi dengan pokok-pokok yang memaparkan alam semula jadi dan menyediakan pelbagai menu home made. Antara menu meeka yang popular adalah ‘Jiggly Japanese Cotton Cheesecake’ dan ‘Japanese Curry Mushroom Bun’.

Image via @thebotanistgreencafe (Instagram)

Alamat: GP3A-03M, LEVEL 3M, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya

Instagram: The Botanist 

6. N16 Cafe, Sekinchan

Image via Robin Wong (Blog)

Siapa sangka bas mini yang lama boleh bertukar menjadi kafe dan tarikan pengunjung? Dikelilingi sawah padi yang luas terbentang, anda bukan saja dapat menikmati makanan, malah dapat menikmati pemandangan cantik!

Memang tak rugilah kalau datang ke Kafe N16 ini kerana konsep bas mini dijadikan sebagai kafe adalah sangat rare! Walaupun agak jauh dari bandar, demi sekeping gambar apa salahnya kan?

Image via Trip Advisor

Alamat: Jalan Tali Air 4, Tanjong Karang, 45400 Sekinchan, Selangor

Facebook: N16 Cafe

7. Tinybaker In Pink, Petaling Jaya

Image via The Nat Channel

Kafe ini terkenal dengan pelbagai kek yang dihiasi dengan corak dan hiasan yang comel. Sesuai dengan namanya, kesemua kek disediakan adalah bersaiz kecil dan sangat sedap.  

Selain itu, Tinybaker In Pink juga menyediakan ruang jika anda ingin mengadakan majlis hari jadi dan lain-lain lagi. Jadi, anda jangan lepaskan peluang untuk bergambar di setiap sudut kafe ini bersama kek-kek mereka yang comel tau!

Image via @tinybaker.my (Instagram)

Alamat: 58-2, Jalan PJU 5/21, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Instagram: Tinybaker In Pink 

8. Tujoh Cafe, Petaling Jaya

Image via @tujoh.cafe (Instagram)

Kafe ini menyediakan ruang yang selesa dan cantik bagi pengunjung dan berkonsepkan ala-ala dalam hutan yang dihiasi dengan rimbunan pokok di bahagian luarnya.

Cahaya matahari yang menembus ke dalam kafe ini membuatkan gambar anda lebih cantik kerana lighting yang on point.

Selain itu, terdapat juga televisyen-televisyen lama yang antik dijadikan sebagai hiasan di luar kafe ini. Senang cerita, kalau anda sukakan vintage look, Kafe Tujoh is the answer!

Image via Mimi’s Dining Room

Alamat: 617, Jalan 17/10, Seksyen 17,46400 Petaling Jaya, Selangor

Instagram: Tujoh Cafe 

9. Kafe Bukku, Klang

Image via Jia Shinlee (Blog)

Kalau anda teringin nak makan dalam suasana ala-ala musim autumn di Jepun, Kafe Bukku adalah tempat yang paling sesuai untuk anda merealisasikan impian itu.

Antara menu yang disukai ramai adalah ‘Salted Egg Croissant’, ‘Almond Tiramisu’ dan ‘Burnt Cheesecake’.

Anda juga boleh menikmati hidangan dan mengambil gambar di belakang kafe ini yang terdapat meja kayu serta pokok yang dihias lampu. Memang rasa macam dekat Jepun!

Image via The Nat Channel

Alamat: No.1, Jalan Singgahsana 4A/KU5, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor

Instagram: Kafe Bukku 

10. Provisions, Petaling Jaya

Image via @provisionsmy (Instagram)

Sedikit maklumat untuk anda, kafe Provisions ini hanya beroperasi pada pukul 9 pagi hingga 6 petang saja dan ditutup pada setiap hari Isnin. 

Dengan berkonsepkan warna oren dan menyediakan pelbagai pencuci mulut yang pastinya membuatkan anda terliur, Provisions adalah kafe yang paling sesuai untuk anda menikmati tea-time bersama kawan-kawan.

Image via @provisionsmy (Instagram)

Alamat: 49, Jalan SS 22/23, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Instagram: Provisions 

Jadi, apa tunggu lagi? Jangan lupa share artikel ini pada kawan-kawan yang tengah cari port untuk lepak tu okay! 😉

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: